Friday, 2 April 2010

Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih.


Ucapan ini dipetik dari  Laporan  pengalaman saya mewakili University of Leeds  ke Majlis Penganugerahan The Queens Anniversary Award di Istana Buckingham yang dilaporkan kepada Universiti Malaysia Terengganu  dan Penaja Pengajian saya di UK.

Prakata


Laporan ini disediakan bagi melaporkan kepada penaja saya iaitu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu setelah saya dipilih mewakili Institute for Transport Studies ke Buckingham Palace bagi menerima The Queens Anniversary Award pada 19 Februari 2010.

Deligasi University of Leeds adalah terdiri daripada 10 orang lagi iaitu Lord Melvyn Bragg Chancellor University of Leeds, Professor Michael Arthur Vice Chancellor , Professor Richard Williams, Pro-Vice- Chancellor for Enterprise, Knowledge Transfer and International Strategy (Order of the British Empire (OBE), Professor Jane Francis, Dean of Faculty Of Environment, Professor Mark Wardman, Director Institute for Transport Studies, Mrs Noor Zaitun Yahaya (PhD-3rd year), Mr Daryl Hibberd(PhD-1st year), Dr Stella Shackel(MSc), Mr Happy Chin-Pang Yip(MSc), Mr Yasha Vojdani(MSc). Kesemuanya adalah rakyat British kecuali saya.

Makluman ini juga telah dilaporkan dalam akhbar Berita Harian pada 5 Februari 2010 dan 21 Februari 2010 serta 25 Februari 2010 (varsity) dan juga New Straits Time pada 21 Februari 2010.

Penghargaan
Alhamdulillah saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dan perencanaanNya, saya Noor Zaitun Yahaya, Pensyarah Kejuruteraan Awam dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu telah mendapat panggilan mangadap Baginda Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari 2010 seperti ditunjukkan pada Lampiran 1. Saya juga mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia diatas penajaan pengajian PhD saya serta keluarga di United Kingdom dalam bidang Alam Sekitar. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih terutama kepada Yang Berbahagia Prof Dr Aziz Deraman, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu serta semua warga UMT yang telah banyak membimbing dan mendorong saya dalam pengajian saya ini. Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan yang telah diberi oleh Prof Mark Wardman, Director ITS sert pihak Institute for Transport Studies, University of Leeds yang telah memilih saya sebagai wakil university untuk bertemu dengan Baginda Ratu, Duke of Edinburgh dan lain-lain Kenamaan Negara. Tidak juga lupa ucapan terima kasih kepada Penyelia saya Dr Miles Tight dan Dr James Edward Tate yang memberi tunjuk ajar kepada saya menjalani penyelidikan di sini.

Saya juga tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan kepada Tuan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia(MSD) UK Eire Prof Madya Dr Rosman Abdullah serta bekas Pengarah iaitu En Ahmad Nazri Sulaiman serta semua kakitangan MSD yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan kepada saya terutama kepada Puan Azimah Aziz dan Puan Suzana Mohd Ali.

Sekalung penghargaan turut dirakamkan khususnya kepada suami saya Hj Fakharuldin Ishak yang banyak memberi dorongan dan keizinan, anak-anak saya Nur Izzah (UNITEN), Zatul Iffah, Abdullah Azam, Muhammad Al Fateh, Nur Qistina serta Abbas Azizi yang memahami, bonda dan keluarga di tanahair dan semua persatuan pelajar yang berdaftar dengan MSD iaitu Malaysian Postgraduate Association for UK Eire (MPA), Leeds University Malaysian Society (LUMSOC), Majlis Syura Muslimun UK Eire(MSM), Malaysian Student Community of Leeds(MSCL) dan semua yang telah banyak memberikan sokongan dan membantu saya dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar dalam pelbagai aspek.

\Sambungan dari yang lalu....

2. Latarbelakang ‘The Queen Anniversary Awards’


Institute for Transport Studies (ITS), University of Leeds adalah sebuah pusat pengajian dan penyelidikan peringkat universiti dalam bidang Transport Studies yang terbesar di Europah dan terulung di dunia(ITS, Director) , dengan pengalaman melebihi 40 tahun. ITS telah dipilih untuk merangkul anugerah “The Queen Annierversary Awards” bagi tahun ini sejak ia diperkenalkan. Majlis penganugerahan yang gilang gemilang ini telah berlangsung pada 19 Februari 2010 dan disempurnakan oleh Baginda Ratu Elizabeth.Ia turut dihadiri oleh The Duke of Edinburgh di Buckingham Palace dari jam 10.00 hingga jam 1.00 ptg.

3. Pemilihan delegasi.

Suka saya melaporkan di sini bahawa, saya telah terpilih bersama-sama delegasi Institute for Transport Studies, The University of Leeds. Delegasi ini terdiri daripada

Lord Melvyn Bragg Chancellor University of Leeds, Professor Michael Arthur Vice Chancellor , Professor Richard Williams, Pro-Vice- Chancellor for Enterprise, Knowledge Transfer and International Strategy (Order of the British Empire (OBE), Professor Jane Francis, Dean of Faculty Of Environment, Professor Mark Wardman, Director Institute for Transport Studies, Mrs Noor Zaitun Yahaya (PhD-3rd year), Mr Daryl Hibberd(PhD-1st year), Dr Stella Shackel(MSc), Mr Happy Chin-Pang Yip(MSc), Mr Yasha Vojdani(MSc). Kesemua ahli delegasi University of Leeds ini adalah rakyat Britain kecuali saya, rakyat Malaysia dengan berpakaian Baju Kurung tradisional dan selendang panjang (gambar-gambar seperti dilampirkan dalam Lampiran 2).

Melihat kepada reputasi yang hebat ITS dan para penyelidik, pemilihan saya menyertai delegasi yang dipilih daripada 40 pelajar PhD dari seluruh dunia untuk diamanahkan membawa pulang pingat dan sijil merupakan suatu saingan yang amat hebat dan telah diperhalusi dari pelbagai aspek. Delegasi ini bukan sahaja menghadap Baginda Ratu Elizabeth,malah berpeluang menerangkan kajian masing-masing dan kerja yang dijalankan oleh saya dan lain di ITS kepada Baginda, Duke of Edinburgh, Princess Anne, The Trustees and the Awards Council of the Royal Anniversary Trust serta tetamu diraja yang lain. Pengalaman ini adalah merupakan pengalaman yang besar dan sangat bermakna kepada saya sebagai ahli akademik.

Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada seumbangan yang telah diberikan oleh pelajar sehingga membawa kepada terpilihnya ITS sebagai salah satu institusi yang memenangi anugerah berprestej tersebut seperti pernyataan daripada The Royal Anniversary Trust London:

“Please give high priority in your selection of proposed student invitees to those working in the field of your prizes scheme entry. The Queen and the Duke of Edinburgh are always keen to meet young people directly involved with the prize winning work”.
                                                                                                        The Royal Anniversary Trust London

Sambung  kepada siri berikut....




1 comments: